Friday 13 March 2015

Kisah Taubat..

ALLAH MENERIMA TAUBAT SEORANG PEMBUNUH.

Di zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Tiba2 dia ingin bertaubat,maka di carinya orang yg berilmu untuk bertanya. Dia ditunjukkan dgn seorang rahib,maka dia pun bertanya kpd rahib itu:

"apakah masih ada peluang utk dia bertaubat?" Rahib itu menjawab,"tidak ada",lalu dibunuhnya rahib itu..

Kemudian dia jumpa seorang alim lalu ditanya soalan yg sama.Maka orang alim itu menjawab,"ya,ada..siapakah yg dpt menghalangmu..kau pergilah kesebuah dusun krn disana penduduk dsitu menyembah Allah,sembahlah Allah,hy DIA yg boleh menerima taubat..janganlah engkau kembali ketempat asalmu krn dsitu tempat yg buruk..Maka pergilah di ketempat yg dmaksudkn tetapi dgn tidak dsangka2 pembunuh itu meninggal dtengah perjalanan.

Dikatakan bahawa,kejadian ini telah memusykilkan malaikat rahmat dn malaikat azab..Berkatalah malaikat rahmat,"hamba ini telah berjalan jauh hy semata2 untuk bertaubat kpd Allah swt dgn sepenuh hatinya..."lalu malaikat azab menjawab,"tetapi dia belum sempat berbuat kebaikan sama sekali.."

Maka datanglah kpd kedua malaikat itu malaikat yg lain dlm bentuk manusia.
Malaikat tersebut pun menyarankan agar di ukur jarak antara dua tempat baik yg hamba itu tinggalkan mahupun tempat yg ia tuju,dimana tempat yg dekat maka dia tergolong dlm kalangan org2 dsana.. Setelah di ukur jelaslah hamba itu lebih dekat jaraknya dgn tempat org2 yg baik2..lalu rohnya di angkat oleh malaikat rahmat.

Subhanallah..dapat kita renung kisah ini sesungguhnya Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang...walaupun terdetik dihati hambaNya utk brtaubat namun Allah dgn sifat rahmatNya menerima taubat hambaNya ..

Sumber hadith Al Bukhori no 3283 dn Muslim no 2766..

Masyaallah,marilah kita sentiasa bertaubat sebelum terlewat........

No comments:

Post a Comment