Tuesday 31 March 2015

Kematian..

Assalamualaikum warahmatullah sahabat2 MOF74.

Semalam 30hb Mac 2015 berita sedih. 3 berita tentang kembalinya ibu mertua dan saudara rakan kita. Begitu juga dengan Admin yg smlm juga telah kembalinya rakan karib yg sama2 dulu berkerja di Panasonic. Seminggu sebelum tu kita dikejutkan dengan kembalinya rakan kita dr grup 73 dan juga pernah menjadi rakan sekelas admin, iaitu arwah Mahadi.

Dengan berita2 kembalinya mereka2 itu  , terpanggil utk admin bermujahadah tentang hal2 yg bersangkut dgn kematian. Sekadar perkongsian ilmu yg admin ada dan juga cedok sana sini hadis2 yg berkaitan, agar kita sentiasa mengingati bahawa usia kita bila2 sahaja sampai ke penghujung.

Semasa kita lahir,kita di azan dan di iqamat kan oleh wali kita,tapi tidak pula di solatkan. Bila kita mati barulah disolatkan tanpa diazan dan diiqamatkan... begitu singkat sebenarnya hidup kita ini...jarak antara iqamat dan solat. Antara sedar atau tidak sebenarnya kita ni dipenghujung usia.

Rasulullah SAW bersabda :
" Sesungguhnya mayat itu apabila telah diletakkan di dlm kubur dan ia benar2 dpt mendengar suara tapak kaki mereka iaitu org2 yg ikut menghantar jenazahnya,ketika mereka hendak meninggalkan kubur. Apabila mayat tadi seorang mukmin, maka solatnya itu ada di samping kepalanya,puasa ada disebelah kanannya,zakat ada disebelah kirinya dan kelakuan2 (amal2) yang berupa kebaikan seperti sedekah,silaturahim,amal baik ihsan itu semua ada dekat dikedua kakinya.

Orang mukmin itu kemudian didatangi dari samping kepalanya, lalu solatnya berkata : "Dari arahku tidak ada tempat memasukinya" yakni kerana banyaknya amal kebajikan sehingga tidak ada ruang atau jalan masuk untuk malaikat Munkar dan Nakir yg hendak menanyakan sesuatu kepada mayat tersebut.

Kemudian didatangi sebelah kanannya,lalu puasanya berkata: " Dari arahku tiada tempat untuk memasukinya." Kemudian dari kirinya,Zakatnya berkata: " Dari arahku tidak ada tempat untuk memasukinya." Akhirnya didatangi pada kedua kakinya, kemudian kelakuan2 amal kebaikan sama berkata: "Dari arahku tidak ada tempat untuk memasukinya."

Seterusnya kepada mayat tadi diucapkan : " Duduklah!." Lalu mayat itu pun duduk, kepada mayat tersebut diperlihatkan seolah2 ada matahari yang sudah hampir terbenam. Iapin ditanya pula : " Orang lelaki ini yakni yang ada dalam golonganmu kaum beruman,bagaimana pendapatmu tentang dirinya? Dan bagaimana pula persaksianmu terhadapnya?. Mayat itu berkata : "Tinggalkanlah aku dahulu kerana aku ingin bersolat." Lalu kedua malaikat Munkar dan Nakir berkata : " Engkau nanti akan dapat bersolat,tetapi jawablah dahulu perkara2 yang kami tanyakan itu tadi."

" Bagaimana pendapatmu tentang  seseorang lelaki yang ada didlam lingkunganmu itu.Apakah yg ingain kau katakan dan apakah persaksianmu terhadap dirinya?."

Akhirnya mayat itu mengucapkan : " Ia adalah Nabi Muhammad SAW - aku menyaksikan bahawa ia adalah utusan Allah yang datang membawa kebenaran dar hadhiratNya." Kemudian pada mayat itu diucapkan : " Memang dlm keadaan spt itulah engkau dihidupkan dan demikian pula engkau dimatikan dan begitulah pula engkau nanti akan dibangkitkan kembali dari kubur. InsyaAllah.

Kemudian dibukakanlah kepada mayat itu pintu2 syurga dan kepadanya diucapkan : " itulah tempat tinggalmu dan apa saja yg telah disediakan Allah di dalam syurga itu adalah untukmu." Mayat itu makin riang dan gembira.Kemudian diperluaskan tempatnya didalam kubur 70 hasta dan diterangi padanya dan dikembalikan jasadnya pada asal kejadiannya. Kemudian roh2nya di mashkkan dalam kumpulan roh2 yg baik2. Iaitu berwujud sebagai seekor burung yang tergantung disalah sebuah pohon syurga.".

Selanjutnya disebutkan pula keadaan orang kafir sehingga sabda Baginda SAW : " Kemudian orang2 kafir itu disempitkan di dalam kuburnya sampai remuk redamlah tulang tulang rusuknya."

Firman Allah : " Maka bagi org kafir itu adalah penghidupan yang sempit yakni penuh kesengsaraan dan ia akan Kami kumpulkan pada Hari Kiamat di padang Masyar dalam keadaan buta matanya."

( H.R Imam Ahmad bin Hanbal r.a )

Alhamdulillah moga dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kpd admin khasnya dan kpd sahabat2 umumnya utk kita sentiasa bermujahadah akan kehidupan2 kita yg hanya tinggal berbaki beberapa waktu sahaja...

Waallahualam.

No comments:

Post a Comment