Thursday 12 March 2015

KENAPA KITA SANGAT MEMERLUKAN CINTA RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Assalamualaikum warahmatullah....


Rasulullah SAW bersabda:
'Tidak beriman seorang kamu sehingga dijadikan aku lebih dicintainya dari dirinya, keluarganya, orang tuanya dan manusia keseluruhannya.'...

Kenapa begitu? Adakah Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam mengharapkan cinta kamu?!
Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam tidak mengharapkan cinta daripada kita—kerana Allah telah mencintai baginda dan telah mengutamakannya, serta telah meninggikan martabatnya. Tetapi, kitalah yang sangat perlu untuk mencintainya.
 Kenapa......?
Sekiranya Nabi SAW telah jadikan dirinya paling dicintai dari diri kamu sendiri, dan kamu membawa diri kamu supaya berpaling dari sunnahnya, perbuatan kamu itu tidak memberi kesan pada baginda —kerana (segala keunggulan) baginda telah menjadikan dirinya lebih dicintai (Allah) daripada diri kamu..

Kamu-lah yang akan meninggalkan keinginan diri kamu ke arah keinginan Nabi SAW (jika kamu mencintai baginda, kerana Allah mencintainya). Kerana apa? Kerana dirinya lebih dicintai (Allah) daripada diri kamu sendiri." "Kerana cintamu kepada baginda, disebabkan cinta Allah kepadanya.

Dan, kerana baginda SAW adalah pilihan Allah.. kerana baginda adalah orang yang sangat dicintai Allah.. kerana imanku tidak akan sempurna melainkan adanya cintaku terhadapnya SallaLlahu 'Alaihi Wasallam."

No comments:

Post a Comment